1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan
menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika
kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang
itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita
mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung
wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi
percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung
mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6
km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki
kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika
tidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli
psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa
kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan
kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang
Ultraman!.
5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10%
daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang
kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak
ada otak!!.
6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan
yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna
menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan
bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies
yang sama.
7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah
Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu
diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
8. Tahukah
anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang
sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami
satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.
9.
Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada
bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula
bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10.
Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa
Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii
iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam
Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z
kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11.
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir
dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan
hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga
sekejap.
12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah
tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat
selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.
13.
Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap
setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang
bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap
seumur hidupnya.
14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah
pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula
Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di
Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.
15. Untuk mengekalkan suhu
sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan
berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian
jika hendak berbau hancing.
16. Dipetik dari kenyataan sebuah
majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000
orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh
diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa
takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani
untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal
juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.
17.
Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi
pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18.
Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki
kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat.
Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta.
Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu
terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki
kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19.
Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun
semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk
mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter
dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu
semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta
bintang paling popular.
20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi,
terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi.
Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut
merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula,
seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu
berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja
serta-merta.
21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang
sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga
kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat
jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.
22. Ini adalah
benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang
yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
23.
Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang
jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila
Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya
mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.






0 komentar
Posting Komentar